My lovely CONVERSE

This shoes i buy in year 2005. That mean i use this shoes around 13 years. Memang lasak dan tahan lama. Bukan sahaja saya gunakan untuk berjalan tapi pernah sekali saya bawak mendaki Gunung Nuang dan Broga di Hulu Langat. Memang tak sangka boleh tahan sebegitu lama. I'm not buy with normal price but in wholesale price...hehehe

Masih ingat lagi beli kasut tu kat wholesale di Petaling Jaya. After kerja pada hari Sabtu terus bergegas ke jualan gudang tersebut. Niat hati nak tengok je bagi mengisi masa lapang tapi sekali dah masuk rambanglah mata. Sampai sahaja terus menuju ke bahagian kasut.

Banyaklah pilihan kasut kat situ dan satu demi satu saya tengok.Tetiba mata terpandang kasut jenama converse dan mata terus terpandang kasut Converse bewarna hijau. Memang saya suka sesuatu yang different sebab nakkan kelainan. Tengok harga pun sangat murah.



Actualy saya memang jenis cerewet sedikit jika bab pakaian atau kasut ni. Bukannya jenis cerewet pasal harga tapi biarlah ianya murah tapi sedap dipakai dan digayakan. Maklumlah saya ni bukan jenis yang mewah namun jika kita pandai bergaya barang yang murah boleh boleh jadi cantik. Tapi janganlah bergaya mengalahkan jutawan tapi cukuplah bergaya mengikut duit dalam poket sendiri. Sehingga hari in saya still memakainya.

Comments

Popular Posts