KWSP Bandar Baru Nilai

Still dalam percutian Chinese New Year. Time masa lapang ni aku gunakan peluang untuk settlekan perkara yang tertangguh. Salah satunya adalah penamaan waris dalam KWSP.

Pada mulanya nak berurusan di KWSP, Kepong tapi memandangkan kami melalui Bandar Baru Nilai, search kat google mana tahu ada cawangan KWSP di situ. Memang ada dan aku ambil keputusan buat kat situ sahaja (KWSP Bandar Baru Nilai).

Ini alamatnya : KWSP, Pejabat KWSP Nilai, D' Nilai Convention Mall, No. G-6 & M-6, PT 9946, Jalan BBN 1/3F, Bandar Baru Nilai, 71800 Negeri Sembilan.






Prosesnya mudah sahaja.

Pertama...pergi ke kiosk untuk pendaftaran dan lebih baik dapatkan pertolongan dengan pekerja disitu. Lebih senang dan serba sedikit akan mengurangkan kesesakan dan menjimatkan masa dalam urusan seterusnya.

Kedua...isi maklumat peribadi dan nama penama di komputer yang disediakan. Pekerja di situ akan sentiasa menolong kita untuk mengisi maklumat di komputer tersebut. Jika kita tak bersama orang yang akan dijadikan penama, sila bawa salinan kad pengenalan untuk mengelakan sebarang kesilapan.

Ketiga...apabila sudah selesai ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda di panggil untuk urusan di kaunter pula. Prosesnya amatlah cepat dan mudah.


Comments

Popular Posts