Pekena Masak Lemak Umbut Kelapa - Part 1

Awal pagi dah bangun sebab nak hadiri majlis perkahwinan anak saudara yang akan diadakan di Parit 25, Hutan Melintang, Perak. Lama rasanya tak pulang ke kampung. Semenjak mak ayah dah tiada memang susah nak balik. Nasib baik adik beradik ramai di kampung so taklah terasa kehilangan orang tua kita.

Pada mulanya plan bertolak jumaat malam sabtu tapi memandangkan situasi jalan di Kuala Selangor dalam proses pembaikpulihan dan tahap keselamatan yang kurang selamat maka saya decide untuk bertolak awal pagi sabtu. Perjalanan balik ke Perak biasanya mengambil masa dalam dua jam setengah atau tiga jam bergantung juga pada keadaan jalan dan trafic disitu. Seperti biasa saya akan melalui jalan dalam atau jalan kampung.

Jalan pertama yang aku lalui adalah melalui Jalan Sg. Buloh. Kemudian masuk Highway Latar sebab tak nak melalui jalan yang bengkang bengkok. Harga tol LATAR RM2.50 sahaja dan perjalanan akan tamat selepas menemui Jalan Ijok. Di penghujung Ijok akan jumpa simpang tiga dan kita ambil simpang kanan menuju ke Kuala Selangor.

Jika tak nak melalui jalan kampung, korang juga boleh melalui PLUS Highway dan susur keluar ke Bidor atau Slim River.






Memang niat balik kali ni dalam keadaan tenang dan santai..

Tempat pertama yang jadi persinggahan saya adalah TESCO di Kuala Selangor. Beli buah tangan untuk kakak sebab tak sempat nak beli.

                                  Cantik betul water reflection walaupun dalam parking area.






                                            Suasana dalam TESCO yang tenang di awal pagi.


Comments

Popular Posts