Tempat Kerja Aku

Second day kerja di Sin Tong Hwa (STH). Macam biasalah bila kita bermula di tempat baru mood nak pergi kerja macam ada berat sikit. Kalau dah lama mungkin akan ok. Mudah-mudahan akan lama kerja di situ sebelum back to plan asal. Waktu kerja jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Product utama STH adalah product standee. Memang aku suka kalau kerja macam ni. Apasal aku tak jumpa company ni sebelum aku masuk ke company buat label. Tapi tak apalah kerana semua itu adalah pengalaman yang berharga.

                                                    Notebook STH

Tugas pertama aku di situ adalah dibahagian DTP/CTP. Sebenarnya sebelum ini pun pernah didedhkan dengan kerja-kerj DTP/CTP tapi orang kata lain padang lain belalangnya. Sama juga dengan keadaan aku kat STH, aku kenalah belajar teknikal disitu.

Mostly staf disitu adalah chinese. kalau nak dikira hanya aku seorang sahaja yany berbangsa melayu di department DTP. Tapi bagi aku tak kisah pun, yang penting aku buat kerja dan mereka pun friendly. Orang kata mulut kena ringan sikit.

Waktu kerja 5 hari seminggu dan jika hari sabtu kerja dikira overtime.

Comments

Popular Posts