Ikan Masak Asam Pedas, Batu Pahat

Batu pahat 17.02.2018

Kali ini perjalanan aku sempena Chinese New Year di teruskan dengan balik ke umah mentua iaitu di Taman Banang, Batu Pahat, Johor.
Bertolak dari Kampung Nyalas, Melaka jam 10.00 pagi. Aku melalui  jalan kampung menuju ke Pekan Tangkak sebelum exit ke PLUS Highway. Jika hendak ke Batu Pahat, kita kenalah exit Tol Pagoh. Jika terlepas Exit Tol Pagoh kita boleh guna Exit Tol Air Hitam.

Memandangkan aku sampai Batu Pahat hampir waktu makan tengahari, perut pun dah terasa lapar, aku dan isteri mengambil keputusan singgah ke salah kedai yang famous menjual ikan masak asam pedas. Kedai yang aku pilih adalah kedai Asam Pedas Tambak yang terletak di No. 3, 4, 5 Jalan Hamidon, 83000 Batu Pahat, Johor




Aku memilih ikan pari dan ikan kembung. Harga pun berpatutan.
Sampai je rumah mentua terus bersila makan. Sedap sangat..

Comments

Popular Posts